kelentit ialah seks betina. manusia bahagian bonjol yang boleh dinampak terletak berhampiran dengan temuan anterior labia minora di atas lubang faraj. berbeza dengan organ seks lelaki zakar yang berhomolog kelentit tidak mengandungi sebarang bahagian uretra dan berfungsi semata mata untuk mencetuskan keseronokan seks. kecualian tunggal yang diketahui tentang ini ialah crocuta yang sistem urogenitalnya diubah suai supaya hiena betina tersebut dapat kencing mengawan dan melahirkan anak melalui kelentit eretil yang dibesarkan. kelentit ini dikenali sebagai zakar pseudo. kelentit adalah sama dengan bahagian berhomolog zakar iaitu secara embriologi ini berasal daripada tisu yang sama dengan zakar. pencetus untuk membentuk zakar dan bukannya kelentit ialah tindakan hormon testosteron in utero sila lihat. ini terbentuk daripada korpus kavernosum sekumpulan tisu kapilari yang mengandungi banyak tisu saraf. kelentit mengandungi dua kali lebih banyak penghujung saraf berbanding dengan zakar dan adalah amat sesuai untuk perangsangan seks. bahagian bahagian kelentit yang boleh dinampak terbentang dari komisur anterior temuan pinggir kedua dua bibir luar di pangkal bonggol pubik sehingga furset dan termasuk glans tukup serta bibir dalam. majora tidak dianggap sebagai sebahagian kelentit. glans dilitupi pada keseluruhan atau sebahagiannya oleh tukup atau prepus tisu yang berhomolog dengan kulit khatan jantan. untuk manusia jasad terbentang beberapa sentimeter ke arah atas serta ke belakang sebelum berpisah menjadi dua cabang yang dikenali sebagai. dibentuk seakan akan songsang krura krura ini terbentang ke sekeliling dan ke bahagian dalaman labia majora. bersama dengan komponen komponen luaran serta dalamannya kelentit dianggap sebagai sama saiznya dengan zakar. kebanyakan bahagian kelentit terselindung dan perangsangan luaran ke atas seluruh kelentit boleh menghasilkan kebangkitan nafsu berahi yang amat kuat. terdapat banyak perbezaan di kalangan wanita tentang betapa banyak kelentitnya terjulur dari tukup dan betapa banyaknya terselinding. ada yang dilitupi pada keseluruhannya sehingga langsung tidak dapat dinampak dan ada juga yang terdedah pada keseluruhannya.